previous arrow
next arrow
Slider

Pelatih Berilmu dan Berkemahiran

Pusat Latihan Kemahiran Intra telah ditubuhkan pada 3 Januari 2001, seterusnya pada bulan Februari 2006, pusat latihan ini telah didaftarkan atas nama Intra International Skills Academy dan pada Ogos 2016 INTRA telah dinaiktaraf kepada Intra International College. INTRA telah mengorak langkah ke hadapan dengan menumpukan sepenuhnya kepada program teknikal yang berpacukan industri. Program-program yang ditawarkan di INTRA telah mendapat pentauliahan sepenuhnya dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan diperakui oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM). Para pelatih akan diberi pendedahan pengetahuan berasaskan teknikal dan kemahiran yang berkualiti sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran industri di peringkat tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.

Kaedah Pembelajaran

TVET

Menjadi kolej yang memberi tumpuan pembelajaran yang berorientasikan kepada aspek kemahiran untuk memenuhi keperluan kerja dan industri selaras dengan program TVET

Pencapaian

5star

Penarafan 5 Bintang Oleh
Kementerian Sumber Manusia Malaysia

INTRA INTERNATIONAL COLLEGE menyediakan kemudahan latihan terbaik dan ini membolehkan INTRA dianugerahkan Penarafan 5 Bintang pada tahun 2014.

gold_trophy

Piala Tangan Emas YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pertandingan berprestij yang dimenangi ini adalah anjuran Gabungan Pusat Latihan Kemahiran India Malaysia (GAPK1M) yang dinaungi oleh Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Para pelatih berpeluang untuk mengembangkan kemahiran yang diperoleh ke alam pekerjaan sebenar, seiring dengan teknologi terkini dan sejajar dengan kehendak industri.
Datin I.S. Suthasini
Pengurus Pusat Bertauliah

Pautan

logo intra
Intra International College

NO.21 & 23, JALAN RAJA IDRIS,
PEKAN LAMA KUALA SELANGOR,
45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

2018 Intra International College