Pusat Latihan Kemahiran Intra telah ditubuhkan pada 3 Januari 2001, seterusnya pada bulan Februari 2006, pusat latihan ini telah didaftarkan atas nama Intra International Skills Academy dan pada Ogos 2016 INTRA telah dinaiktaraf kepada Intra International College. INTRA telah mengorak langkah ke hadapan dengan menumpukan sepenuhnya kepada program teknikal yang berpacukan industri. Program-program yang ditawarkan di INTRA telah mendapat pentauliahan sepenuhnya dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan diperakui oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM). Para pelatih akan diberi pendedahan pengetahuan berasaskan teknikal dan kemahiran yang berkualiti sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran industri di peringkat tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.