Tentang Intra

Pusat Latihan Kemahiran Intra telah ditubuhkan pada 3 Januari 2001, seterusnya pada bulan Februari 2006, pusat latihan ini telah didaftarkan atas nama Intra International Skills Academy dan pada Ogos 2016 INTRA telah dinaiktaraf kepada Intra International College. INTRA telah mengorak langkah ke hadapan dengan menumpukan sepenuhnya kepada program teknikal yang berpacukan industri. Program-program yang ditawarkan di INTRA telah mendapat pentauliahan sepenuhnya dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan diperakui oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM). Para pelatih akan diberi pendedahan pengetahuan berasakan teknikal dan kemahiran yang berkualiti sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran industri di peringkat tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.

Visi

Komited dalam mengukuhkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berlandaskan teknologi terkini bagi membantu menjana ekonomi di dalam bidang perindustrian dan keusahawanan.

Misi

Melahirkan graduan berketerampilan, berdaya saing dan bersahsiah tinggi bagi memenuhi keperluan industri seterusnya mewarnai arena kebolehkerjaan kelak.

Futsal Intra 2018

FUTSAL INTRA Aktivit futsal diadakan pada setiap hari khamis di padang futsal AZAS KUALA SELANGOR. Aktiviti ini dilakukan untuk pelatih lelaki INTRA. #futsalnetsoccer#PelatihBerilmu&Berkemahiran

Lebih Lanjut »

Taklimat Sekolah – SMK Putra Perdana 2018

TAKLIMAT SEKOLAH SMK PUTRA PERDANA 2018 18 Julai 2018 bertempat di Dewan Blok Sri Putra, SMK Putra Perdana, pihak INTRA bersama-sama pelatih dijemput untuk mengadakan ceramah Hala Tuju Kerjaya Dalam Bidang Kemahiran sempena Minggu Informasi Pendidikan dan Kerjaya 2018. Ceramah ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada para

Lebih Lanjut »

Pautan

logo intra
Intra International College

NO.21 & 23, JALAN RAJA IDRIS,
PEKAN LAMA KUALA SELANGOR,
45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Kolej dimiliki oleh Intra International Skills Academy Sdn. Bhd.

Intra International Skills Academy Sdn. Bhd

NO.21, JALAN RAJA IDRIS,
PEKAN LAMA KUALA SELANGOR,
45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

2021 Intra International College oleh Intra International Skils Academy Sdn. Bhd. (725051-H)