PROGRAM YANG DITAWARKAN
INTRA International College menawarkan beberapa program latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) khusus untuk warga belia lepasan PT3/PMR/SPM.
Silibus pembelajaran adalah 100% mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dikeluarkan oleh JPK.
NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ditakrifkan sebagai spesifikasi kompetensi yang diperlukan oleh pekerja mahir yang mendapat pekerjaan di Malaysia bagi kawasan pekerjaan, tahap dan laluan untuk mencapai kecekapan. Ia telah dibangunkan bersama bersama-sama ahli perindustrian selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
TAHAP 2
OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN
(I561-002-2:2018)
Apa Yang Akan Anda Pelajari?
Kursus Operasi Servis Makanan dan Minuman Tahap 2 ini adalah untuk menghasilkan kemahiran asas, teknik bekerja dan sikap yang betul dalam operasi perkhidmatan makanan dan minuman dalam sektor perhotelan. Para pelajar yang mengikuti kursus ini akan berkemahiran dan cekap dalam memberi perkhidmatan yang membantu pelanggan seperti mengambil pesanan pelanggan dan menghidangkan pesanan kepada pelanggan. Mereka akan bekerja dalam suasana yang selamat dan kondusif berdasarkan SOP yang diberikan. Para pelajar juga dapat bekerja secara individu dan berkumpulan dalam melaksanakan tugasan service perhotelan.
Tempoh Pengajian
Sijil Kemahiran Tahap 2 : 12 Bulan
Penyampaian Latihan dan Mod Latihan
Pembelajaran teori dan amali
Sepenuh Masa
Tahap 2
I561-002-2:2018-C01 : F&B Safety, Health, Hygiene and Sanitation Practice
I561-002-2:2018-C02 : F&B Pre-Preparation Operation (Mise-en-place)
I561-002-2:2018-C03 : F&B Guest Order Handling
I561-002-2:2018-C04 : F&B Serving
I561-002-2:2018-C05 : F&B Billing & Cashiering
Syarat Kemasukan
Warganegara
Berumur 15 – 35 Tahun
Lepasan PMR/PT3/SPM
Memiliki 3M (Membaca, Menulis & Mengira)
Prospek Kerjaya
- Pramusaji (Waiter & Waitress)
- Katerer Profesional
- Pengurus Acara
- Sommelier Wain
- Butler Peribadi