PROGRAM YANG DITAWARKAN
INTRA International College menawarkan beberapa program latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) khusus untuk warga belia lepasan PT3/PMR/SPM.
Silibus pembelajaran adalah 100% mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dikeluarkan oleh JPK.
NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ditakrifkan sebagai spesifikasi kompetensi yang diperlukan oleh pekerja mahir yang mendapat pekerjaan di Malaysia bagi kawasan pekerjaan, tahap dan laluan untuk mencapai kecekapan. Ia telah dibangunkan bersama bersama-sama ahli perindustrian selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
TAHAP 3
PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN SATU FASA PENYAMANAN UDARA, PENGUDARAAN, PEMANASAN (HVAC)
(F432-007-3:2020)
Apa Yang Akan Anda Pelajari?
Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan.
Tempoh Pengajian
Sijil Kemahiran Tahap 3 : 24 Bulan
Penyampaian Latihan dan Mod Latihan
Pembelajaran teori dan amali
Sepenuh Masa
Modul Program
Tahap 3
F432-007-3:2020-C01 : Single Phase Heating Equipment Installation
F432-007-3:2020-C02 : Single Phase Ventilation Equipment Installation
F432-007-3:2020-C03 : Single Phase Air-Conditioning Equipment Installation
F432-007-3:2020-C04 : HVAC Equipment Testing and Commissioning
F432-007-3:2020-C05 : Single Phase Heating Equipment Maintenance
Syarat Kemasukan
Warganegara
Berumur 15 – 35 Tahun
Lepasan PMR/PT3/SPM
Memiliki 3M (Membaca, Menulis & Mengira)
Prospek Kerjaya
- Pembantu Jurutera Penyejukan dan Penyamanan Udara
- Penyelia Penyelenggaraan Sistem Pengudaraan Bangunan
- Juruteknik Penyaman Udara Domestik dan Komersil
- Tenaga Pengajar.