PROGRAM YANG DITAWARKAN
INTRA International College menawarkan beberapa program latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) khusus untuk warga belia lepasan PT3/PMR/SPM.
Silibus pembelajaran adalah 100% mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dikeluarkan oleh JPK.
NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ditakrifkan sebagai spesifikasi kompetensi yang diperlukan oleh pekerja mahir yang mendapat pekerjaan di Malaysia bagi kawasan pekerjaan, tahap dan laluan untuk mencapai kecekapan. Ia telah dibangunkan bersama bersama-sama ahli perindustrian selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
TAHAP 2
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA
(F432-005-2:2019)
TAHAP 3
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA
(F432-005-3:2019)
Apa Yang Akan Anda Pelajari?
Pada peringkat Tahap 2, kursus ini membolehkan pelatih mempelajari pendawaian satu fasa, pengujian, membaikpulih, penyelenggaraan, mengesan punca kerosakan dalam litar elektrik dan memahami Akta Bekalan Elektrik 447 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Pada Peringkat Tahap 3, pelatih akan mempelajari pemasangan bekalan penyelenggaraan, pengujian dan membaikpulih litar elektrik yang melibatkan pendawaian bagi sistem tiga fasa serta cara pengendalian penyeliaan projek.
Tempoh Pengajian
Sijil Kemahiran Tahap 2 : 12 Bulan
Sijil Kemahiran Tahap 3 : 12 Bulan
Penyampaian Latihan dan Mod Latihan
Pembelajaran teori dan amali
Sepenuh Masa
Tahap 2
F432-005-2:2019-C01 : Single Phase Drawing
F432-005-2:2019-C02 : Single Phase Wiring
F432-005-2:2019-C03 : Single Phase System Maintenance
F432-005-2:2019-C04 : Single Phase Motor And Motor Control
Tahap 3
F432-005-3:2019-C01 : Three Phase Drawing
F432-005-3:2019-C02 : Three Phase Wiring
F432-005-3:2019-C03 : Three Phase System Maintenance
F432-005-3:2019-C04 : Three Phase Motor System Installation
F432-005-3:2019-C05 : Three Phase Wiring Testing And Commissioning
F432-005-3:2019-C06 : Electrical Building Automation System Installation
F432-005-3:2019-C07 : Electrical Installation & Maintenance Supervisory
Syarat Kemasukan
- Warganegara
- Berumur 15 – 35 tahun
- Lepasan PMR/PT3/SPM
- Memiliki 3M (Membaca, Menulis & Mengira)
Prospek Kerjaya
• Juruteknik Elektrik
• Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Eletkrik
• Pembantu Teknik
• Penyelia Elektrik
• Pendawai Elektrik