PROGRAM YANG DITAWARKAN
INTRA International College menawarkan beberapa program latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) khusus untuk warga belia lepasan PT3/PMR/SPM.
Silibus pembelajaran adalah 100% mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dikeluarkan oleh JPK.
NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ditakrifkan sebagai spesifikasi kompetensi yang diperlukan oleh pekerja mahir yang mendapat pekerjaan di Malaysia bagi kawasan pekerjaan, tahap dan laluan untuk mencapai kecekapan. Ia telah dibangunkan bersama bersama-sama ahli perindustrian selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
TAHAP 2
PERKHIDMATAN ESTETIK
(MP-060-2:2013)
TAHAP 3
PERKHIDMATAN TERAPI ESTETIK
(MP-060-3:2013)
Apa Yang Akan Anda Pelajari?
Kursus Kosmetologi Tahap 2 dan Tahap 3 adalah kursus mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam asas rawatan perkhidmatan estetik. Program ini turut menerapkan kemahiran dalam bidang yang mencakupi anatomi dan fisiologi manusia, terapi urutan, solekan lanjutan dan terapi khas muka. Selain itu, penumpuan kepakaran dalam bidang yang relevan seperti pentadbiran perniagaan, jualan, pemasaran dan pentadbiran operasi estetik turut diterapkan agar mampu melaksanakan tugas dengan berkesan dalam industri.
Tempoh Pengajian
Sijil Kemahiran Tahap 2 : 12 Bulan
Sijil Kemahiran Tahap 3 : 12 Bulan
Penyampaian Latihan dan Mod Latihan
Pembelajaran teori dan amali
Sepenuh Masa
Tahap 2
MP-060-2:2013-C01 : Workplace Safety, Hygiene and Maintenance
MP-060-2:2013-C02 : Aesthetic Services Consultation
MP-060-2:2013-C03 : Manual Facial Service
MP-060-2:2013-C04 : Facial Electrotherapy Service
MP-060-2:2013-C05 : Superfluous Hair Depilation / Lightening Service
MP-060-2:2013-C06 : Manicure Service
MP-060-2:2013-C07 : Pedicure Service
Tahap 3
MP-060-3:2013-C01 : Aesthetic Therapy Consultation
MP-060-3:2013-C02 : Manual Body Massage Service
MP-060-3:2013-C03 : Body Wrap Service
MP-060-3:2013-C04 : Thermal Body Therapy
MP-060-3:2013-C05 : Body Electrotherapy Service
MP-060-3:2013-C06 : Decollete Therapy
MP-060-3:2013-C07 : Salon Operation Supervision
MP-060-3:2013-C08 : Salon Services and Products Sales
Syarat Kemasukan
Warganegara
Berumur 15 – 35 Tahun
Lepasan PMR/PT3/SPM
Memiliki 3M (Membaca, Menulis & Mengira)
Prospek Kerjaya
• Pakar kecantikan
• Pakar Estetik
• Jurupulih
• Tukang urut
• Pakar Manikur / Pedikur
• Artis Solek
• Artis Inai
• Pengurus Spa
• Pengurus Pemasaran Jualan