PROGRAM YANG DITAWARKAN
INTRA International College menawarkan beberapa program latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) khusus untuk warga belia lepasan PT3/PMR/SPM.
Silibus pembelajaran adalah 100% mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dikeluarkan oleh JPK.
NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ditakrifkan sebagai spesifikasi kompetensi yang diperlukan oleh pekerja mahir yang mendapat pekerjaan di Malaysia bagi kawasan pekerjaan, tahap dan laluan untuk mencapai kecekapan. Ia telah dibangunkan bersama bersama-sama ahli perindustrian selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
TAHAP 3
OPERASI SISTEM KOMPUTER
(IT-020-3:2013)
TAHAP 4
PENTADBIRAN SISTEM KOMPUTER
(IT-020-4:2013)
Apa Yang Akan Anda Pelajari?
Kursus Operasi Sistem Komputer tahap 3 adalah untuk menjana tenaga mahir yang mahir dalam memasang, menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara komputer. Mahir dalam pemasangan pelayan serta penyelenggaraannya. Mahir dalam penyambungan rangkaian komputer dan berpengetahuan dalam mengkonfigurasi peranti mudah alih.
Kursus Pentadbiran Sistem Komputer Tahap 4 memberi pengetahuan dan mahir di dalam bidang komputer. Mahir dalam mengendalikan struktur User dan Server dalam sistem komputer yang merangkumi aspek konfigurasi server, pengurusan rangkaian dan kawalan keselamatan sistem komputer. Mahir dalam pengurusan penyelenggaraan sistem komputer dan Berpengetahuan dalam perancangan perolehan dalam bidang sistem komputer dan rangkaian.
Tempoh Pengajian
Sijil Kemahiran Tahap 3 : 24 Bulan
Diploma Kemahiran Tahap 4 : 15 Bulan
Penyampaian Latihan dan Mod Latihan
Pembelajaran teori dan amali
Sepenuh Masa
Tahap 3
IT-020-3:2013-C01 : Computer System Set-Up
IT-020-3:2013-C02 : Computer System Maintenance
IT-020-3:2013-C03 : Computer System Repair
IT-020-3:2013-C04 : Server Installation
IT-020-3:2013-C05 : Server Maintenance
IT-020-3:2013-C06 : Computer Network Connectivity Set-Up
IT-020-3:2013-C07 : Mobile Device Configuration
Tahap 4
IT-020-4:2013-C01 : Server Configuration
IT-020-4:2013-C02 : Computer Network Installation Management
IT-020-4:2013-C03 : Computer System Security Control
IT-020-4:2013-C04 : Computer System Maintenance Management
IT-020-4:2013-C05 : Computer System And Network Procurement
Syarat Kemasukan
Warganegara
Berumur 15 – 35 Tahun
Lepasan PMR/PT3/SPM
Memiliki 3M (Membaca, Menulis & Mengira)
Prospek Kerjaya
• Juruteknik Sistem Komputer
• Penyelia Sistem Komputer
• Juruteknik Rangkaian Komputer
• Computer Specialist
• IT Sales Professional