Futsal Intra 2018

FUTSAL INTRA

Aktivit futsal diadakan pada setiap hari khamis di padang futsal AZAS KUALA SELANGOR. Aktiviti ini dilakukan untuk pelatih lelaki INTRA.

#futsalnetsoccer
#PelatihBerilmu&Berkemahiran

Taklimat Sekolah – SMK Putra Perdana 2018

TAKLIMAT SEKOLAH SMK PUTRA PERDANA 2018

18 Julai 2018 bertempat di Dewan Blok Sri Putra, SMK Putra Perdana, pihak INTRA bersama-sama pelatih dijemput untuk mengadakan ceramah Hala Tuju Kerjaya Dalam Bidang Kemahiran sempena Minggu Informasi Pendidikan dan Kerjaya 2018. Ceramah ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan pendidikan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Taklimat ini  juga dibuat untuk mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan.

Taklimat Sekolah – SMK Bukit Kuching Tengah 2018

TAKLIMAT SEKOLAH SMK BUKIT KUCHING TENGAH 2018

Pada 13 Julai 2018, pihak INTRA telah dijemput untuk mengadakan taklimat Kerjaya. Taklimat ini bertujuan mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan di INTRA International College. Taklimat ini tertumpu kepada pelajar-pelajar bagi tingkatan 3 dan tingkatan 5 kerana bertujuan untuk pelajar-pelajar dapat mengetahui kemahiran-kemahiran yang diminati. Satu demonstrasioleh pelatih-pelatih INTRA telah diadakan oleh Jabatan Elektrik, Penghawa Dingin dan Kecantikan.

Taklimat Sekolah – SMK Khir Johari 2018

TAKLIMAT SEKOLAH KHIR JOHARI SMK 2018

Pada 3 Julai 2018, pihak INTRA telah dijemput untuk mengadakan Ceramah Kerjaya anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling  SMK Tunku Abdul Rahman. Ceramah ini bertujuan mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan di INTRA International College.

Ceramah ini tertumpu kepada pelajar-pelajar bagi tingkatan 3 dan tingkatan 5 kerana bertujuan untuk pelajar-pelajar dapat mengetahui kemahiran-kemahiran yang diminati.

Taklimat Sekolah – SMK Taman Dato’ Harun 2018

TAKLIMAT SEKOLAH SMK TAMAN DATO' HARUN 2018

6 Julai 2018 bertempat di Dewan Blok D SMK Taman Dato’ Harun, pihak INTRA bersama-sama pelatih dijemput untuk mengadakan taklimat dan satu sesi demonstrasi bagi menyambut bulan Kerjaya. Satu demonstrasi dari jabatan Kecantikan telah dibuat bagi memperkenalkan kaedah-kaedah kemahiran yang telah dipelajari oleh pelatih-pelatih di Intra International College. Taklimat ini dibuat untuk mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan.

Taklimat Sekolah – SMK Bandar Tasik Kesuma 2018

TAKLIMAT SEKOLAH SMK BANDAR TASIK KESUMA 2018

5 Julai 2018 bertempat di SMK Bandar Tasik Kesuma, pihak INTRA bersama-sama pelatih dijemput sempena bulan Kerjaya SMK Banar Tasik Kesuma untuk mengadakan pameran dan satu sesi demonstrasi bagi memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan di INTRA International College.

Taklimat Sekolah – SMK Tunku Abdul Rahman 2018

TAKLIMAT SEKOLAH SMK TUNKU ABDUL RAHMAN 2018

Pada 3 Julai 2018, pihak INTRA telah dijemput untuk mengadakan Ceramah Kerjaya anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling  SMK Tunku Abdul Rahman. Ceramah ini bertujuan mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan di INTRA International College.

Ceramah ini tertumpu kepada pelajar-pelajar bagi tingkatan 3 dan tingkatan 5 kerana bertujuan untuk pelajar-pelajar dapat mengetahui kemahiran-kemahiran yang diminati.

Bubur Lambuk 2018

AKTIVITI MEMASAK DAN MENGEDAR BUBUR LAMBUK

INTRA telah mengadakan aktiviti memasak dan mengedar bubur lambuk kepada pengunjung di sekitar bazar Ramadan Kuala Selangor. Aktiviti ini diadakan setiap tahun sempena menyambut bulan Ramadan dan kali ini sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah diagihkan  oleh para pelatih dan juga semua kakitangan

Pada 30 Mei 2018 bermulanya pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di masjid pekan lama Kuala Selangor aktiviti memasak dan membungkus bubur lambuk dijalankan. Manakala aktiviti pengangihan pula dilakukan pada jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang di  bazar Ramadan Tesco dan bazar ramadan IADA Kuala Selangor.

Dengan adanya aktiviti memasak bubur lambuk ini, diharapkan ia dapat memberi kemeriahan di bulan yang mulia ini  dan mangeratkan hubungan sillaturrahim sesama warga INTRA dan penduduk sekitar Kuala Selangor.

#BuburLambukINTRA
#PelatihBerilmu&Berkemahiran

Aktiviti Zumba 2018

PERTANDINGAN ZUMBA 2018

Pada hari rabu setiap minggu bertempat di dewan INTRA aktiviti zumba dijalankan bagi pelatih-pelatih dan pengajar perempuan. Aktiviti ini dijalankan selama sejam sebelum bermulanya kelas pembelajaran.

Pada 25 April 2018  satu pertandingan zumba diadakan untuk memeriahkan lagi aktiviti zumba yang telah dijalankan. Pertandingan ini, disertai oleh pelatih-pelatih perempuan mengikut jabatan masing-masing dan dinilai oleh pengajar-pengajar INTRA mengikut kriteria-kriteria masa, keseragaman dan kreativiti. Perasmian pertandingan dirasmikan oleh Pengurus Pusat Bertauliah iaitu Datin Suthasini.

Kumpulan “Gucci Geng” dari jabatan Kecantikan dinobatkan sebagai juara pertandingan zumba.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Pusat Bertauliah.

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan.

#teampowerfit
#PelatihBerilmu&Berkemahiran

Peluang Keemasan – Intra International College

Peluang Keemasan - Intra International College

Keputusan PT3 / SPM anda tidak memuaskan ?? Tidak bermakna anda tidak boleh berjaya didalam hidup… Jangan putus asa kerana masih ada bidang kemahiran yang boleh anda pelajari !!
Tingkatkan kemahiran anda bersama Intra International College…
Pendaftaran pada 19hb Mac 2018 ini…jangan lepaskan peluang !!
Kursus-kursus yang ditawarkan:

1. Kursus Juruteknik Elektrik
2. Kursus Sistem Komputer
3. Kursus Sistem Maklumat
4. Kursus Juruteknik Penyaman Udara
5. Kursus Jurukecantikan
6. Kursus Pembuat Pakaian Wanita

Syarat-Syarat Kelayakan:
• Warganegara Malaysia.
• Berumur 16 & keatas.
• Pelajar lepasan PMR/PT3/SPM/STPM (tak kira lulus atau gagal).
• Pelajar yang tidak berpeluang utk melanjutkan pelajaran…atau tidak minat sambung belajar sekolah lagi.
• Wang Sara diri RM400 Sebulan
• Sijil akan dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
• Pinjaman Latihan disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia.
• Latihan praktikal ada disediakan
• Peluang pekerjaan terbuka luas kerana kami ada kerjasama dengan syarikat-syarikat besar
Kongsikan peluang ini kepada rakan-rakan & saudara-mara anda…hubungi 03 32897554 ( Pn Aida / Pn Rozita )

Futsal Intra 2018

FUTSAL INTRA Aktivit futsal diadakan pada setiap hari khamis di padang futsal AZAS KUALA SELANGOR. Aktiviti ini dilakukan untuk pelatih lelaki INTRA. #futsalnetsoccer#PelatihBerilmu&Berkemahiran

Lebih Lanjut »

Taklimat Sekolah – SMK Putra Perdana 2018

TAKLIMAT SEKOLAH SMK PUTRA PERDANA 2018 18 Julai 2018 bertempat di Dewan Blok Sri Putra, SMK Putra Perdana, pihak INTRA bersama-sama pelatih dijemput untuk mengadakan ceramah Hala Tuju Kerjaya Dalam Bidang Kemahiran sempena Minggu Informasi Pendidikan dan Kerjaya 2018. Ceramah ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada para

Lebih Lanjut »

Pautan

logo intra
Intra International College

NO.21 & 23, JALAN RAJA IDRIS,
PEKAN LAMA KUALA SELANGOR,
45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Kolej dimiliki oleh Intra International Skills Academy Sdn. Bhd.

Intra International Skills Academy Sdn. Bhd

NO.21, JALAN RAJA IDRIS,
PEKAN LAMA KUALA SELANGOR,
45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

2021 Intra International College oleh Intra International Skils Academy Sdn. Bhd. (725051-H)