Bubur Lambuk 2018

AKTIVITI MEMASAK DAN MENGEDAR BUBUR LAMBUK

INTRA telah mengadakan aktiviti memasak dan mengedar bubur lambuk kepada pengunjung di sekitar bazar Ramadan Kuala Selangor. Aktiviti ini diadakan setiap tahun sempena menyambut bulan Ramadan dan kali ini sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah diagihkan  oleh para pelatih dan juga semua kakitangan

Pada 30 Mei 2018 bermulanya pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di masjid pekan lama Kuala Selangor aktiviti memasak dan membungkus bubur lambuk dijalankan. Manakala aktiviti pengangihan pula dilakukan pada jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang di  bazar Ramadan Tesco dan bazar ramadan IADA Kuala Selangor.

Dengan adanya aktiviti memasak bubur lambuk ini, diharapkan ia dapat memberi kemeriahan di bulan yang mulia ini  dan mangeratkan hubungan sillaturrahim sesama warga INTRA dan penduduk sekitar Kuala Selangor.

#BuburLambukINTRA
#PelatihBerilmu&Berkemahiran

Futsal Intra 2018

FUTSAL INTRA Aktivit futsal diadakan pada setiap hari khamis di padang futsal AZAS KUALA SELANGOR. Aktiviti ini dilakukan untuk pelatih lelaki INTRA. #futsalnetsoccer#PelatihBerilmu&Berkemahiran

Lebih Lanjut »

Taklimat Sekolah – SMK Putra Perdana 2018

TAKLIMAT SEKOLAH SMK PUTRA PERDANA 2018 18 Julai 2018 bertempat di Dewan Blok Sri Putra, SMK Putra Perdana, pihak INTRA bersama-sama pelatih dijemput untuk mengadakan ceramah Hala Tuju Kerjaya Dalam Bidang Kemahiran sempena Minggu Informasi Pendidikan dan Kerjaya 2018. Ceramah ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada para

Lebih Lanjut »

Pautan

logo intra
Intra International College

NO.21 & 23, JALAN RAJA IDRIS,
PEKAN LAMA KUALA SELANGOR,
45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

2018 Intra International College