PERTANDINGAN ZUMBA 2018
Pada hari rabu setiap minggu bertempat di dewan INTRA aktiviti zumba dijalankan bagi pelatih-pelatih dan pengajar perempuan. Aktiviti ini dijalankan selama sejam sebelum bermulanya kelas pembelajaran.
Pada 25 April 2018 satu pertandingan zumba diadakan untuk memeriahkan lagi aktiviti zumba yang telah dijalankan. Pertandingan ini, disertai oleh pelatih-pelatih perempuan mengikut jabatan masing-masing dan dinilai oleh pengajar-pengajar INTRA mengikut kriteria-kriteria masa, keseragaman dan kreativiti. Perasmian pertandingan dirasmikan oleh Pengurus Pusat Bertauliah iaitu Datin Suthasini.
Kumpulan “Gucci Geng” dari jabatan Kecantikan dinobatkan sebagai juara pertandingan zumba.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Pusat Bertauliah.
Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan.
#teampowerfit
#PelatihBerilmu&Berkemahiran