PERTUNJUKAN FESYEN SHOW ANJURAN JABATAN JAHITAN
Pada 21 Disember 2017 Sebuah Pertunjukan Fesyen Show anjuran Kursus Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 3 telah diadakan untuk mempamerkan hasil-hasil rekaan pelatih yang telah belajar disini. Ia bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang dirasmikan oleh Pn Siti Rokiah selaku Pengetua Kolej. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang diketuai oleh En. Abu Hanafi dari Jabatan Elektrik.
Majlis ini juga mendapat kerjasama dari semua Jabatan terutama dari Jabatan Kecantikan untuk membantu menyolek para model yang memperagakan rekaan yang direka oleh pelatih Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 3.
#runwayshow
#PelatihBerilmu&Berkemahiran